Ahklak Pemimpin. (pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia)

Assalamualaikum...

Refleksi pada minggu ini agak menarik kerana Ustazah Mahfuzah menceritakan kisah pada zaman pemerintahan khalifah Umar r.a, dimana terdapat seorang pemuda yang bermusafir menggunakan unta.  Banyak perkara yang saya peroleh dalam kisah tersebut adalah antaranya.

  1.  Senantiasa bermuhasabah apabila berada dalam keadaan yang marah.


  •     Sekiranya seseorang berada dalam keadaan yang marah , kebiasaannya hati dan akal telah di kaburi dengan hasutan syaitan untuk melakukan perkara mungkar dan memudaratkan. Oleh itu, sentiasa perlu mengingati Allah dan menasihati diri agar tidak melampaui batas norma manusia. 
  • Seperti kisah yang diceritakan oleh ustazah, punca kepada permasalahan tersebut adalah kemarahan sehingga saling berbunuhan antara umat islam,
     2.  Sifat bertanggungjawab diatas segala perkara yang dilakukan.
  • Bertangungjawab adalah perkataan yang menggambarkan perlakuan yang sangat besar dan dengan sikap bertanggungjawab ini akan sentiasa membetulkan keadaan dan kesilapan yang telah berlaku. 
  • dalam kisah pemuda ini, sifat tanggungjawab beliau nyata apabila beliau berjumpa dengan waris kepada ornag yang telah beliau bunuh, Bukan itu sahaja, malah pemuda tersebut bersungguh-sungguh datang untuk menerima hukuman bunuh dan tidak lari daripadanya.
  • Sifat tanggungjawab beliau juga nyata apabila beliau pilang ke kampung halaman adalah kerana perlu menyelasaikan urusan yang berkaitan dengan pegurusan harta anak-anak yatim. 
  • begitu juga dengan waris orang yang telah dibunuh oleh pemuda tersebut diamana, mereka telah mekukan tanggungjawab mereka sebagai rakyat ababila tidak melakukan tindakan dengan sesuka hati apabila mendengar ppengakuan dari pada pemuda tersebut. Malah mereka terus mengajukan kepada saidina Umar r.a, 
  • Saidina Umar Juga melakukan tanggungjawabnya untuk menjatuhkan hukuman terhadap pemuda tersebut dan menunaikan hak waris tersebut.
     3. Memberikan pertolongan terhadap yang memerlukan.
  • ini lah yang dilakukan oleh Abu Dzar apabila Saidini Umar menayakan sesiapa yang sanggup untuk dijadikan penjamin kepada pemuda itu, sifatnya yang malu tatkala memikirkan sekiranya Rasulullah masih hidup ketika itu pasti akan berasa sedih apabila tiada sesiapa yang sanggup untuk meringankan bebanan pemuda itu. 
     4. sentiasa redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T
  • pemuda, waris, dan juga Abu Dzar yang redha akan ketetapan Allah diatas apa yang terjadi.

No comments:

Post a Comment