Hati :)

Assalammualaikum.

Apa yang dapat saya simpulkan daripada apa yang saya pelajari adalah berkenaan penilaian seseorang melalui hati. Hati adalah titik permulaan untuk kita melakukan sesuatu sama ada yang baik ataupun yang sebaliknya. Jika hati kita terdetik dengan perkara-perkara negatif,maka kita haruslah mencegahnya dengan segera. Kita boleh mencegah diri kita dengan melawan perasaan negatif itu dengan lebih memikirkan perkara positif,kebaikan. Gunakan masa terluang kita dengan lebih mengingati perkara-perkara yaang berfaedah, banyakkan mengingati Pencipta dengan perbanyakkan istighfar,bertahmid kerana ini adalah salah satu rawatan untuk hati kita. Hati juga adalah punca seseorang mula dengan bersikap prejudis atau bersangka buruk terhadap sesuatu.prejudis ini adalah penyakit hati yang perlu kita cegah. Ini adalah permulaan kepada seseorang untuk mula meluahkan apa yang terdetik di hatinya kepada seseorang yang lain untuk menjadi bahan bualan mereka. Dengan ini mula tercetusnya streotaip apabila sekumpulan manusia ini mula melabel sesuatu yang mereka tidak suka terhadap sesuatu keadaan di sekeliling mereka. Tanpa mereka sedar mereka mempunyai penyakit hati. Dan jika mereka terus dengan aktiviti ini, mereka telah menambah penyakit hati dalam diri mereka. Seterusnya, jika mereka terus  dengan aktiviti ini, iaitu melabel, ini boleh mengakibatkan seseorang yang dilabel mula sedar akan keadaan ini dan ini boleh mencetuskan diskriminasi dan boleh mengakibatkan bibit pergaduhan dan akan wujud terputusnya silaturahim antara kita. Betapa berkuasanya hati ini. Dari hati kita boleh memutuskan silaturahim dan sebaliknya. Jadi, kita perlulah mendidik hati kita dengan sebaiknya untuk lebih banyak melakukan perkara positif dan berfaedah untuk kesejahteraan diri kita dan masyarakat. Maka jagalah hati kita sebaiknya.


2014753485

No comments:

Post a Comment