Minggu 5 Pluraliti alam melayu

Assalamualaikum..

MELAYU adalah sebuah bangsa yang menghuni di alam nusantara. Apabila mengenali identiti yang sebenar masyarakat melayu ini secara peribadi saya sangat mengagumi akan salah silah kewujudannya. Masyarakat melayu dikenali sebagai masyarakat yang penuh dengan adat budaya yang memuntun masyarakatnya untuk senantiasa menjaga tatasusila dan maruah masyarakat secara amnya. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kedatangan islam di tanah melayu, apabila resam dan budaya dipacu oleh hukum yang telah digariskan oleh Allah.

Apabila bercakap mengenai alam melayu pada zaman dahulu, skopnya amat luas dimana, masyarakat alam melayu yang bebas berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan rela hati tanpa ada sebarang had sempadan kawasan. mereka menerima dan memperluas adat dan pengaruh masing-masing tanpa ada prejudis dalam kalangan masyarakat. Tidak wujud keadaan yang tidak tenteram kerana sifat sukarela untuk berhijrah dan penghijrahan dilakukan bersamam-sama ahli keluarga yang tercinta. Tahap penerimaan pada zaman dahulu sehinggakan mereka berkahwin dengan masyarakat tempatan seperti yang sedia maklum perkahwinan adalah tahap penerimaan yang tertingi dalam kalangan masyarakat. dengan kepelbagaian yang terdapat di alam melayu pada zaman dahulu boleh digambarkan dengan satu perkataaan iaitu HARMONI. 

Pluraliti di alam melayu terdapat tiga pecahan iaitu, pluraliti zaman kegemilang masyarakat melayu, pluralistik zaman penjajahan dan pluraliti baru iaitu pasca merdeka.

Pluraliti zaman kegemilangan masyarakat melayu.
alam melayu mempunyai kegemilangan pentadbiran sejak kurun kedua lagi. Namun, kemuncak kegemilangan pentadbilan melayu telah dipelopori oleh zaman pemerintahan masyarakat melayu melaka pada 1400 masihi. Mengapakah zaman pemerintahan melayu melaka ini menjadi kemuncak kegemilangan berbanding dengan zaman kegemilangan yang lain? jawapan kepada persoalan tersebut adalah pengamalan pengaruh ISLAM di melaka, Agama Islam berkembang di melaka dimulakan dengan sultan pada ketika itu. dan kemudian bekembang lah msyarakat islam disitu. Segala sistem yang telah diamalkan, di pacu oleh seseorang yang memegang agama di dalam diri , percaya adanya Allah dan melaksanakan tugas dengan jayanya.  

Pluralistic zaman penjajah.
Apabila kedatangan penjajah seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun, mereka bukan sahaja menakluki tanah melayu, tetapi, menyerang mentaliti masyarakat disini dengan menerapkan konsep memisahkan agama dengan kehidupan, dengan erti kata lain, SEKULARISME. Sekularisme ini diterapkan dengan ilmu sains yang mengutamakan perihal logik akal semata mata. kesannya, masyarakat melayu kurang keyakinan terhadap Rasulullahdan segala tindak tanduk mereka akan mengetepikan agama sebagai tunjang. Islam menjadi kecil dan penjajah mudah menakluki pemerintahan dengan mengubah sistem kepada sisitem pemerintahan barat. seperti sistem demokrasi,
zaman pemerintahan melayu jatuh selama lebih 400 tahun.

pluraliti pasca merdeka
Apabila negara melaysia mendapat kemerdekaan, masyarakat bangkit dengan menjana kembali sistem yang terdapat ditanah melayu pada ketika itu. sistem politik dengan mengwujudkan parti-parti yang memperjuangkan sesuatu kaum dan kemudian perti perikatan yang menyatukan kembali kaum-kaum di malaysia. Sistem pendidikan dengan penyata razak 1960 dan penyata rahman talib 1970. sistem ekonominya yang terbahagi kepada 2 iaitu sistem ekonomi moden yang di monopoli oleh cina dan india dan sistem ekonomi tradisional yang dimonopoli oleh masyarakat melayu.

No comments:

Post a Comment