Keluhuran perlembagaan adalah ciri yang terdapat didalam rukun negara. kuluhuran perlembagaan ini menggambarkan ketinggian perlembagaan dalam menjalankan undang-undang didalam negara. "Jika jantung Al-Quran itu adalah surah Yasiin, maka jantung negara adalah perlembagaannya"Ustz. Mahfuzah. perlembagaan ini adalah set panduan rujukan dan peraturan tentang hak sebagai rakyat malaysia, sebagai contoh, hak asasi bersuara, hak berdemokrasi dan hak keselamatan. selain itu, perlembagaan juga adalah peraturan kuasa, prosedur dan tanggungjawab yang mengawal dan memandu hubungan diantara autoriti dengan autoriti yang lain dan juga autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan ini diwujudkan bagi menjamin kestabilan pentadbiran negara, walau pun ianya diletakkan di tempat yang tinggi , namun perlembagaan didalam negara masih lagi boleh diubah mengikut kesesuaian masyarakat dalam sesuatu tempat. sebagai contoh akta buang negeri telah pun dimansuhkan daripada perlembagaan dalam negara, dan akta baru juga telah di gubal dan di tambah kedalam perlembagaan ngara seperti akta hasutan dan akta perhimpunan awam.
Perlembagaan mempunyai dua jenis, iaitu, perlembagaan bertulis dan perlembagaan yang tidak bertulis, perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang disusun dalam satu kanun atau dokumen. di malaysia ia digelar sebagai perlembagaan persekutuan.(federal constitution). perlembagaan yang tidak bertulis adalah perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen, seperti adat resam dan aturan perundangan yang tidak terdapat didalam perlembagaan persekutuan. Fungsi prlembagaan ini adalah bertujuan mewujudkan perintah yang adil, sekiranya golongan kerabat sultan yang melakukan kesalah , mereka masih lagi boleh disabitkan dengan kesalahan tersebut dan boleh didakwa. Selain itu, ia juga adalah alat untuk menyelesaikan masalah, kebeasan asasi, menubuhkan institusi perlembagaan seperti badan kehakiman negara, badan persekutuan dan badan eksekutif.
Dengan mengetahui dan mendalami tentang perlembagaan negara, kita sebagai rakyat malaysia tahu akan hak-hak yang boleh dipertahankan sebagai rakyat dengan berpandukan perlembagaan persekutuan.
No comments:
Post a Comment