Minggu 3

Pada miggu ketiga, saya belajar erti Iman yang sebenar. Sebagai seorang Muslim, kita perlulah megetahui apa itu maksud Iman. Umumya, kita megetahui apkah 6 Rukun Iman tetapi adakah memadai dengan hanya 6 Rukun Iman ini menjadikan kita seorang Muslim yang beriman. Ima tidak bermaksud seseorang itu tidak berbuat dosa. Mana mungkin manusia biasa seperti kita tidak melakukan dosa samada dosa secara sengaja atau tidak sengaja. Iman berkisarkan tentang bagaimana kita bertindak atas dosa yang kita lakukan itu. Sebagai contoh yang mudah utuk difahami, seseorang yang meninggalkan solat tidak semestinya tidak beriman tetapi adakah setelah dia menyedari bahawa dia telah meninggalkan suruhan Allah itu, dia bertindak membetulkan dirinya ataupun sekadar sambil lewa sahaja. Jika dia berasa menyesal kerana telah meniggalkan solat, itu bererti dia masih mempuyai iman tetapi jika dia merasakan bahawa mungkin solat itu boleh ditunaikan bila bila masa, bererti dia sudah tidak lagi takut kepada kemurkaan Allah. Secara keseluruhannya, manusia boleh dibahagikan kepada 5 kategori iaitu Mu'min, Fasiq, Munafiq, Kafir, dan Musyrik. Maksud mukmin telah disebutkan di atas. Fasiq pula bermaksud berterusan melakukan dosa tanpa bertaubat kepada Allah(contoh:tidak menutup aurat,merokok).Kafir bermaksud kufur atau enggan menerima syariat Islam(contoh:beranggap bahawa solat itu menyusahkan).Munafiq bermaksud menyembuyikan kesalahan dan mempamerkan kebaikan(contoh:hanya bersolat bila ada orang yang melihat). Musyrik pula bererti menduakan Allah dengan makhluk(contoh:mengambil saka sebagai pelindung). Kesimpulanya, sebagai seorang Muslim, kita seharusnya menjadi seorang Mu'min agar kita terhindar daripada Istidraj(nikmat Allah kepada manusia dimana nikmat itu tidak direhai-Nya) dan mendapat redha daripada Allah.

No comments:

Post a Comment