Refleksi minggu ini adalah berkisar tentang asas dalam menjadi sesebuah masyarakat yang majmuk. Konsep untuk tidak memisahkan agama dengan kehidupan akan senantiasa meletakkan diri ini di landasan yang lurus.
Selain itu, seharusnya didalam diri umat manusia perlulah meletakkan Rasulullah s.a.w sebagai kekasih, malah sebagai roll model dalam amalan kehidupan seharian. sesuungguhnya darjat yang telah diberikan oleh Allah kepada baginda terlalu tinggi, dan beruntunglah kita untuk menjadi umat di zaman Baginda.
Sebagai seorang umat islam umat yang beriman kepada Allah, kita hendaklah benar-benar mengenali diri ini, sejauh manakah penghayatan dan kecintaan kita kepada sang pencipta. Adakah diri kita ini benar-benar beriman kepada Allah?. Adakah diri ini tergolong dalam golongan yang fasiq,kafir,munafik atau mushrik? . nauzubillahiminzaliq..
Seterusnya, apa yang saya peroleh pada minggu ini adalah intipati dan pesanan oleh Allah yang terkandung di dalam Surah Hujerat, ayat 6 sehingga 13, yang mana, apa yang boleh saya rumuskan adalah, sebagai seorang manusia yang lemah, kita ini tidak terkcuali untuk mendengar dan menerima sesuatu perkara atau berita tanpa menyelikinya terlebih dahulu. lantaran itu, manusia akan senantiasa merasakan penyesalan diatas perkara tersebut. Bukan itu sahaja, Allah s.w.t telah mempercintai, memperindahkan dan memperbencikan kekufuran, fasiq, dan maksiat dan beruntunglah hamba-hamba ini kerana merekalah orang yang beriman. Selain itu, berlaku adil dalam meyelesaikan pergaduhan antara dua pihak, sekiranya satu pihak engan , kita hendak lah melakukan sesuatu supaya masalah tersebut dapat di kekang dari pada terus berleluasa.Bukan itu sahaja , kita juga dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada mencemuh seseorang, sedangakn kita tidak pernah tahu darjatnya kepada Allah jauh lebih tinggi. sesungghunya sangkaan yang buruk itu adalah dosa. begitu juga mengintip salah orng lain dan mengumpat antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment