Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Ethnik Di Malaysia

Nilai Pembangunan Ekonomi Di Malaysia. sama ada jenis pembangunan barat atau islam.

Pada pendapat kami, pembangunan di malaysia kini boleh dikatakan seimbang. pada awal tertubuhnya malaysia, pembangunan ekonomi di negara ini adalah lebih kepada kebaratan. perkara ini jelas apabila selepas pentadbiran penjajahan british, hampir kesemua kegiatan ekonomi yang telah dipelopori oleh mereka masih lagi diteruskan. Kegiatan ekonomi ini termasuklah sistem kapitalisme yang digunakan untuk memungut hasil keuntungan didalam negara ini. konsep kapitalisme ini adalah konsep yang mementingkan keuntungan daripada memikirkan faedah dan menindas pihak lain sepeti riba, menjual perkara yang mudharat seperti rokok dan dadah dan sebagainya.

Ciri-ciri tersebut berbeza dengan perkara yang telah digariskan didalan agama islam dimana kemaslahatan didalam masyarakat yang perlu di utamakan dalam menjalankan perniagaan sebelum memikirkan keuntungan. jujur dan amanah dalam meletakkan kira-kira timbangan dan harga adalah yang telah disarankan oleh Rasulullah S.A.W.

Namun, syukur terhadap Allah, kesedaran terhadap islam kian menebal dalam kalangan masyarakat islam di Malaysia. kepentingan menjalankan dan melakukan aktiviti yang telah digariskan menjadi keutamaan . Ini jelas dapat dilihat apabila permintaan yang tinggi dalam sistem perbankan islam. Bukan itu sahaja, kita juga dapat lihat bagaimana, sistem pajak gadai emas juga mengikut garis landasan islam. dan sememangnya banyak lagi perkara-perkara yang dilakukan dalam perniagaan yang mengikut panduan islam.

Walaubagaimanapun, malaysia tidak dapat menolak sistem kapitalisme kebaratan ini tidak dapat di singkirkan kerana malaysia ini adalah sebuah negara yang majmuk dimana orang yang bukan islam bebas untuk berkapitalisme didalam perniagaan mereka.

No comments:

Post a Comment