Hubungan Etnik

Hubungan Etnik secara negatif

Prejudis > Stereotaip > Diskriminasi > Perang


Prejudis:

              Mengikut kamus dewan bahasa ianya bermaksud perasaan atau pendapat yang tidak berasas terhadap sesuatu atau seseorang. Prasangka ini selalunya akan terjadi apabila seseorang buat pertama kali bertemu. berdasarkan rupa paras, sifat, kebolehan dan sebagainya boleh menjadi faktor prasangka ini. Namun dalam konteks hubungan etnik secara negatif ini prasangka ini lebih cenderung terhadap tanggapan yg buruk terhadap seseorang.

Mekanisme kawalan: berperangsangka baik terhadap seseorang. Walaupun seseorang itu mempunyai ciri-ciri ynag kurang menyenangkan, kita sebagai manusia harus mencuba untuk mencari ciri-ciri yang positif terhadap beliau. Dengan berfikiran yang positif, aliran aura yang baik boleh mengalir dengan baik keseluruh tubuh dan akan mengwujudkan suasana yang lebih baik



Stereotaip:

               Srereotaip ini adalah meletakkan seseuatu sifat terhadap sesuatu. Sebagai contoh, meyatakan bahawa kaum wanita adalah kaum yang lemah dan sebagainya. Jadi, dalam konteks hubungan ethnik secara negatif ini adalah meletakan sesuatu sifat atau ciri-ciri yang boleh menyentuh isu-isu sensitiviti sesebuah kaum tersebut.


Mekanisme kawalan: elakan untuk melebel seseorang kerana setiap hamba Allah ini tidak sempurna sifat dan pemikirannya.



Diskriminasi:

              Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusiaDiskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama"

Perang:

            Setelah 3 perkara di atas sudah sampai ke kemuncak kehancuran, fasa terakhir akan melibatkan perbalahan ataupun perang. Perang bukanlah hanya bermaksud persengketaan melibatkan askar-askar dan senjata api tetapi juga boleh berlaku dalam kalangan masyarakat yang berfikiran negatif yang berpunca daripada salah sangka ataupun prejudis seperti yang disebutkan di atas.



No comments:

Post a Comment