Refleksi ekonomi.

pada minggu ini, Ustzah telah menceritakan tentang sifat Abu Dzar yang tegas dan garang. Dimana sahabat Rasulullah ini telah menegur gabenor pada ketika itu, sekiranya beliau membina istana dengan menggunakan wang rakyat maka, dia adalah pemimpin yang penindas. Sekiranya gabenor tersebut membina istana yang mewah dengan menggunakan wangnya sendiri maka dia adalah seorang yang membazir.

Daripada kisah itu jelaslah bahawa, sekiranya ingin menjadi seorang pemimpin bukanlah dengan bermewah- mewahan menjadi satu kemestian. Sesungguhnya sekiranya pemimpin itu telah dilantik, maka menjadi amanah dan tanggungjawab mereka untuk menggalasnya dan berlaku saksama diantara rakyat jelata. kepentingan dan kemewahan diri perlu ditinggalkan .

No comments:

Post a Comment