Kerja mingguan


Assalammualaikum.


Asimilasi kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identity mereka dan menerima etnik lain. Konsep asimilasi ialah proses percantuman dan penyatuan asing dalam satu kelompok yang sama menyebabkan berlakunya peghapusan penuh perbezaan tersebut. Kumpulan etnik ini yang majority atau dominan akan memenangi unsur kebudayaan etnik lain, tetapi tidak melibatkan pertukaran agama iaitu agama asal etnik yang bera similasi dikekalkan. Antara contohnya, etnik jawa, etnik baba nyonya, cina Kelantan dan sebagainya. Formula asimilasi ialah A+B+ C. Simbol ini mewakili setiap etnik yang berbeza. Dan di setiap konsep terdapat beberapa factor pendorong terhadap sesuatu yang menjadi penyebab berlakunya konsep ini kepada individu. Antara factor pendorong berlakunya asimilasi adalah seperti, toleransi secara berkelompok yang memiliki perbezaan budaya, ini menyebabkan mereka tertarik akan kelainan tersebut sehingga terikut dan diserap di dalam diri individu. Kedua, adanya sikap saling menghormati dan menghargai orang asing dan budaya yang dibawanya di dalam sesebuah masyarakat. Factor ini juga terjadi secara tidak langsung melalui bidang ekonomi. Contohnya, dalam menjayakan usahasama dalam bidang perniagaan dari berlainan Negara lalu membawa pelbagai budaya dan tercetusnya asimilasi jika seseorang individu mudah terpengaruh dengan budaya lain atas sebab layanan dan cara sesuatu budaya menghormati seseorang yang berbudaya lain dengan sebaiknya. Seterunya, terdapat persamaan dalam unsur kebudayaan universal. Ini bermaksud, persamaan budaya yang pelbagai menyebabkan salah satu pendorong kepada individu itu terhadap asimilasi. Selain daripada pendorong, asimilasi juga terdapat factor penghalangnya untuk individu itu terpengaruh dengan konsep ini. Penghalang kepada factor asimilasi apabila adanya kelompok yang terasing daripada pelbagai budaya asing ini diserap masuk ke dalam diri individu ini. Kebiasaannya konsep ini berlaku pada kelompok yang minoriti. Antara factor penghalang kepada asimilasi ini adalah, daripada kurangnya pengetahuan mengenai budaya baru yang di alami terhadap persekitaran seleliling. Yang kedua,adalah kerana terlalu berburuk sangka terhadap sesuatu budaya yang baru dihadapi. Masalah ini boleh di atasi dengan cuba menyerap masuk atau menghormati budaya lain secara halus. Seterusnya, timbul perasaan kurang pasti akan keselamatan terhadap sesuatu budaya yang baru dihadapi. Jadi kita sebagai manusia yang telah diberi akal sebaiknya,perlulah berfikir akan kebaikan-kebaikan terhadap sesuatu budaya daripada terus menghukum keburukan tersebut. Oleh itu, kita hendaklah sama-sama menjaga kesejahteraan masyarakat dengan menghormati dan cuba memahami budaya lain seeloknya agar tidak berlaku keruntuhan masyarakat sejagat. In shaa Allah

No comments:

Post a Comment