Pada beberapa minggu yang lalu, kami diberi tugasan untuk memilih dan menjalankan projek Khidmat untuk umat Rasulullah. dan kami bersepakat untuk memilih Jadual Mukmin sebagai bahan dalam projek kami.
Pada pemerhatian saya, masalah pengurusan masa berlaku kepada semua orang, tidak kisah lah apa pun latar belakang kita, Sudah pasti akan ada satu perkara yang diingini untuk dilakukan tetapi masa yang sering menjadi alasan. Sebagai contoh, mungkin Si Fulan ini adalah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran tetapi tidak dalam pengurusan rumah seperti mengemas bilik dan menyapu sampah, rentetan daripada itu, si polan ini hidup dalam keadaan yang tidak terurus. Sesungguhnya bukan itu yang diingini oleh kekasih kita, Rasulullah S.A.W sebagai umatnya.
Pada pendapat saya, Jadual Mukmin ini adalah suatu perkara yang dipandang enteng oleh masyarakat kebayakan, tetapi bukan pada orang yang berjaya seperti ahli korporat yang berjaya untuk mengurus dan mengendali puluhan juta perniagaan syarikatnya. Suka untuk saya petik kejayaan Donald Trump sebagai satu roll model jutawan apabila masa beliau sepenuhnya di jadualkan dan di tadbir usrus dengan sangat rapi. disebabkan itu, beliau berjaya untuk mencapai segala kemahuan yang ingin idamkan.
Disini kita dapat lihat bahawa, perkara yang dianggap remeh ini yang akan membawa perubahan besar di dalam diri khususnya sebagai seorang mukmin. Dengan jadual ini, perkara yang ingin dilakukan akan menjadi jelas dan ianya lebih berfocus tanpa membuang masa. Bukan itu sahaja, dengn jadual mukmin ini juga ianya mampu membentuk peribadi yang baik sebagai umat Rasulullah S.A.W.
Suka untuk saya ceritakan salah seorang daripada responden kami, dimana aktiviti yang ingin dilakukan oleh beliau bukan lah seperti bersukan, membaca buku dan sebagainya, tetapi hanya sekadar aktiviti seperti mencuci tandas dirumahnya. dan dengan jadual ini, beliau berjaya untuk patuh terhadap masa yang telah beliau sendiri aturkan. Jadi, sudah tentu kebersihan tandas dirumahnya sentiasa terjaga. Sesungguhnya, kebersihan itu separuh daripada iman. Cuba kita bayangkan sekiranya semua orang yang mengamalkan pemikiran seperti beliau, bagaimanakah keadaan masyarakat ketika ini,sudah tentu
Tetapi perlu diingatkan, dalam kita usaha untuk melakukan perubahan didalam diri, apayang yang menjadi kunci utama adalah ISTIQOMAH.Hanya Keteguhan dan azam yang tidak berbelah bagi yang mampu untuk membawa diri untuk berjaya.
Sesungguhnya apa sahaja aktiviti positif yang ingin dilakukan akan disukai oleh kekasih kita, Rasulullah S.A.W.
No comments:
Post a Comment