Tuesday, 15 March 2016

Hikmah Kehidupan

Perjanjian 5 kehidupan yang baru dipelajari memberikan gambaran secara jelas tentang hikmah kehidupan didunia. Kehidupan di dunia sebenarnya telah bermula sebelum kewujudan manusia diatas muka bumi ini. Sepertimana Allah telah berfirman didalam surah Al-A'raf ayat 172-173, bahawasanya perjanjian kesaksian roh untuk taat kepada Allah s.w.t sebelum ditiup ke dalam jasad dan dihidupkan di muka bumi ini. Sebagai hamba Allah, kita akan melalui beberapa fasa alam kehidupan, yang pertama alam roh, yang kedua, alam rahim, yang ketiga alam dunia, yang keempat, alam kubur yang kelima adalah alam barzah. kelima-lima fasa ini akan di lalui oleh roh setelah ianya bersaksi kepada Allah untuk mentaati Nya sebagai tuhan. Ada sesetengah ulamak yang mengatakan kan roh ini umpama "Nur Muhammad" yang mana apabila ianya ditiupkan kedalam jasad maka hiduplah manusia. Manusia ini adalah mahkluk yang berbilang masyarakatnya, jadi dengan kepelbagaian ini maka wujudnya perbezaan kaum, budaya, dan agama.Secara khususnya, masyarakat islam harus mengenal diri dan jati diri sendiri kerana dengan mengenali diri sebagai hamba Allah, diri ini akan tahu apakah matlamat diri ini dihidupkan dimuka bumi ini. Tempoh fasa kehidupan didunia ini terlalu singkat dan pendek untuk kita lupa akan Allah. Namun perlu kita semua sedar akan tempoh yang pendek inilah tempoh yang sangat penting dan genting untuk meletakkan dimanakah roh ini setelah alam dunia ini kita akan tinggalkan. sudah semestinya alam kubur dan alam barzah akan menanti. tetapi dimanakah kita?. sekiranya diri kita ini kenal kepada Allah dan senantiasa taat kepada segala tuntutannya, insyaallah kita akan berjaya meletakkan roh di tempat yang selayaknya, sebagai contoh, alam kubur ibarat taman-taman syurga, dan alam barzah nanti akan terhindar daripada azab yang dahsyat kemudian syurga la tempat yang selayaknya. Namun, perlu juga kita fikir akan nasib sekiranya kita gagal untuk mengenali diri, dimana kita akan di campakkan kelembah azab yang tidak terperi sakitnya. Ada ulama pernah menyatakan bahawa satu hari di neraka bersamaan 1000 tahun di dunia.
semoga Allah senantiasa melindungi diri ini dan rakan-rakan. secara kesimpulannya, tidak kira lah kepada siapa kita ini dilahirkan dan bagaimanakah kita dibesarkan, mengenali diri itu sangat penting untuk kembali kepada jalan Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment