Monday, 14 March 2016
Nilai Istighfar
Pelbagai ilmu telah di kongsikan di dalam kelas pada hari Rabu lalu yang merupakan hari gerhana matahari. Topik yang dibincangkan adalah mengenai nilai istighfar. Istighfar kepada Allah adalah zikir yang paling hebat yang sentiasa di suruh oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana kehebatan beristighfar ini terutamanya pada hari gerhana matahari ini, Allah akan memperkenankan doa serta istighfar yang kita ucapkan ketika itu. Selain dari itu, Topik yang di bincangkan adalah Topik Prejudis di mana, tunjang kepada berlakunya perpecahan umat pada masa ini adalah sangka buruk sesama manusia. Sekiranya seseorang itu mempunyai sangka buruk yang juga dikenali sebagai "suudzon", aura negatif akan terhasil dan akan menyebabkan tenaga lemah terhasil kepada orang yang di sangkakan buruk. Perasaan Suudzon ini akan membawa kepada diskriminasi dimana, kita akan mula untuk mempengaruhi sahabat untuk tidak berkawan dengan mangsa yang di sangka burukkan dan setelah itu sekiranya tiada orang yang bangkit sebagai pemimpin untuk menjernihkan kembali keadaan dengan beristighfar dan husnudzon kepada mangsa, maka akan tercetusnya perang yang akan menyebabkan perpecahan kaum. Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment