Pada pertemuan minggu keduabelas ini, apa yang saya dapat melalui
pembelajaran ini berkenaan dua topik terakhir iaitu survival melayu dan islam
dan hubungan etnik. Topik ini menerangkan beberapa perkara iaitu berkenaan survival
melayu dan bumiputera ialah memahami maksud dan konsep survival melayu
& bumiputera iaitu mengekalkan kesinambungan orang melayu dan
Bumiputera untuk terus hidup atau wujud.Ia perlu
terus terjamin mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia dan ianya tidak boleh
di pertikaikan oleh orang – orang bukan melayu. Seterusnya memahami antara
peranan yang dimainkan oleh kerajaan ialah meliputi konsep
ekonomi,politik,perlembagan,pendidikan dan sosial. Antara perkara
berkaitan survival melayu dan bumiputera ialah agama islam, hak keistimewaan
orang melayu dan bumiputera seterusnya bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
tetapi bahasa lain juga bebas digunakan dan dipertuturkan dalam semua aspek
kehidupan. Dari sudut Ekonomi adalah, mengeluarkan orang melayu dari
kelompok kemiskinan kepada kehidupan yang lebih baik.Tiga asas
kepada pembentukan kebudayaan kebangsaan iaitu berteraskan kebudayaan rakyat
asal rantau ini, unsur –unsur yang sesuai dan wajar boleh diterima juga
islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Manakala bab yang
terakhir iaitu islam dan hubungan etnik ialah mengenai realiti kehidupan
masyarakat dan hubungan etnik.
Dalam
surah al-Hujurat ayat 13, Allah berfirman yang bermaksud :
“Wahai
manusia! Kami jadikan kamu dari lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu
berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang mulia dari
kalangan kamu di sisi Allah ialah mereka yang bertaqwa”.
No comments:
Post a Comment