- Di dalam tajuk ini, kita membincangkan tentang bagaimana dasar boleh dikaitkan dengan perpaduan. beberapa informasi telah di kongsikan oleh ustazah. Antaranya adalah equiti bumiputera mencapai paras hanya 18% setelah 60 tahun merdeka.
- Beberapa program transformasi telah dilakukan supaya dapat mencapai tahap perpaduan yang tinggi kerana asas pembentukan sesebuah negara adalah perpaduan yang dicapai antara masyarakat di dalam sesebuah negara. perkara ini harus dicapai sebagai matlamat negara supaya perkara seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak tercetus lagi di dalam Malaysia.
- Antara nilai yang di peroleh adalah:
- Ekonomi menurut Islam
- Fokus kepada pembangunan insan (berkaitan dengan dunia dan akhirat) dan pembangunan roh yang baik sebagai persediaan untuk menjawab persoalan Allah kelak.
- Semua amalan yang dilakukan adalah berdasarkan ilmu tauhid.
- Manusia sebagai khalifah dimana sebagai pemimpin untuk memakmurkan alam mengikut gaya dan cara dari Allah.
- Memimpin dengan adil (berikan hak pada tempatnya) dan ikhsan (kita tak dapat tengok Allah tapi kita tahu yang Allah maha memerhati setiap perbuatan serta amalan yang dilakukan).
- Ekonomi menurut Barat
- Hanya fokus kepada material dan dunia semata.
- Berasaskan sekularisme (pisahkan agama dan kehidupan).
- Manusia sebagai pengaut untung (Kapitalisme).
- Individualistik dan Liberalisme.
- Hedonistik (hanya untuk memuaskan nafsu).
No comments:
Post a Comment