Saturday, 11 June 2016

Refleksi minggu ke sebelas - Dari segregasi ke integrasi & Strategi Survival Melayu dan Bumiputera

Assalamualaikum,

Pertemuan pada minggu ini menggabungkan 2 buah tajuk sekali gus iaitu segregasi ke integrasi dan juga suvival melayu dan bumiputera.

Segregasi ke Integrasi

Di dalam tajuk ini, saya mempelajari tentang pemisahan dan pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan etnik yang lain contohnya pengasingan tempat kerja, sekolah dan material pembacaan mengikut bahasa ibunda masing-masing. Contohnya adalah ketika zaman pembentukan Tanah Melayu, setiap kaum di berikan pekerjaan yang berbeza- beza mengikut kaum masing- masing. Kaum Melayu akan diarah untuk bercucuk tanam, Orang Cina akan bekerja sebagai peniaga dan orang India diarah untuk bekerja di estet dan ladang- ladang kelapa sawit. Selain itu, penubuhan sekolah- sekolah mengikut bahasa ibunda masing- masing ditubuhkan dan beberapa risalah surat khabar mengikut bahasa ibunda msing-masing juga ditubuhkan.
Oleh kerana tujuan kedatangan mereka adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi British, maka interaksi antara kaum tidak berlaku. Mereka hanya menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing. Namun begitu, kehidupan yang harmoni tetap wujud di mana mereka tetap menjalani hidup berasaskan sistem sosial masing-masing tanpa mengganggu antara satu sama lain. Kehidupan yang harmoni ini telah berterusan sehingga ke hari ini.

Strategi Survival Melayu dan Bumiputera

Di dalam tajuk ini, saya memperoleh banyak input yang menarik antaranya adalah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengekalkan keharmonian beserta perkara-perkara asas yang diperlukan oleh rakyat majmuk untuk kelangsungan hidup berasaskan Perlembagaan yang telah ditetapkan di Malaysia. 
Peranan serta tanggungjawab yang telah diberikan dalam membela nasib orang melayu yang tidak bercanggah dengan konsep Islam iaitu, memberikan keadilan mengikut hak yang telah di tetapkan dan tidak melakukan kezaliman ke atas rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment