Nyatakan 5 usaha yang boleh diaplikasi dalam negara pada zaman sekarang yang setara dengan 3 usaha Rasulullah iaitu
- Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
- Membina Masjid
- Membuat piagam madinah
Jawapan:
- Membuat Open House atau jamuan hari Raya kepada jiran-jiran yang berdekatan supaya dan kunjung-mengunjung dan bertanya khabar supaya dapat mengelakkan syakwasangka.
- Melakukan aktiviti bergotong-royong yang menggalakkan penglibatan pelbagai kaum tidak mengira budaya dan agama.
- Menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan supaya dapat bercampur dan mempelajari agama serta budaya yang berbeza.
- Mengadakan rukun tetangga di kawasan rumah supaya perihal kejiranan dapat di selesaikan dengan aman
- Menerapkan nilai bersatu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain sejak di peringkat sekolah dengan melaksanakan subjek Sivik dan kewarganegaraan di peringkat Sekolah Rendah.
Soalan 2
Berikan penilaian anda tentang penghayatan rakyat Malaysia terhadap rukun negara.
Jawapan:
Pada pendapat kami, penghayatan terhadap rukun negara adalah di tahap yang sederhana kerana masih ada isu-isu yang melibatkan isu keagamaan yang masih tercetus dan menjadi sensitiviti masyarakat pada zaman ini. Ini boleh dijadikan garis ukur untuk menentukan tahap penghayatan rakyat terhadap rukun negara. Sekiranya rakyat mengambil rukun negara sebagai yang tertinggi, nescaya sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi yang paling utama dalam kehidupan seharian mereka.
No comments:
Post a Comment