Sunday, 20 March 2016

refleksi minggu kedua



Assalammualaikum.


Melalui pertemuan kedua ini,dapat saya simpulkan secara ringkasnya ialah kesan positif yang kita peroleh daripada masyarakat sekeliling jika kita saling memberi aura-aura positif seperti memberi kasih sayang, menghormati masyarakat sekeliling. Kita juga perlu menghindari diri kita daripada sifat buruk sangka.
Selain itu, minggu kedua ini ustazah membincangkan topik utama tentang kewujudan Tuhan yang berkait rapat dengan hubungan kita sebagai hamba-Nya.  Kita sebagai hambanya telah diciptakan sebagai roh terlebih dahulu sebelummemasuki alam Rahim,alam dunia,alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat. Perancangan kehidupan kita juga telah ditentukan oleh Allah sejak umur kita 4 bulan di alam Rahim. Kita perlu menerima dan Redha akan ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita kerana perancangan-Nya adalah perancangan terbaik untuk hidup kita.
Oleh itu, kita perlu bersyukur akan setiap yang berlaku terhadap diri kita samada baik mahu pun buruk. Kita juga sebagai hamba Allah dan sebagai sebahagian daripada masyarakat perlulah sedar akan hakikat bahawa dunia ini adalah persinggahan sebelum kita menuju ke alam akhirat iaitu alam yang kekal. Maka kita perlu mengisi alam persinggahan kita dengan sebaiknya untuk kita menuju ke alam seterusnya.



2014753485

No comments:

Post a Comment