Assalammualaikum.
Asimilasi kesanggupan etnik minoriti
menghilangkan identity mereka dan menerima etnik lain. Konsep asimilasi ialah
proses percantuman dan penyatuan asing dalam satu kelompok yang sama
menyebabkan berlakunya peghapusan penuh perbezaan tersebut. Kumpulan etnik ini
yang majority atau dominan akan memenangi unsur kebudayaan etnik lain, tetapi
tidak melibatkan pertukaran agama iaitu agama asal etnik yang bera similasi
dikekalkan. Antara contohnya, etnik jawa, etnik baba nyonya, cina Kelantan dan
sebagainya. Formula asimilasi ialah A+B+ C. Simbol ini mewakili setiap etnik
yang berbeza. Dan di setiap konsep terdapat beberapa factor pendorong terhadap
sesuatu yang menjadi penyebab berlakunya konsep ini kepada individu. Antara
factor pendorong berlakunya asimilasi adalah seperti, toleransi secara
berkelompok yang memiliki perbezaan budaya, ini menyebabkan mereka tertarik
akan kelainan tersebut sehingga terikut dan diserap di dalam diri individu.
Kedua, adanya sikap saling menghormati dan menghargai orang asing dan budaya
yang dibawanya di dalam sesebuah masyarakat. Factor ini juga terjadi secara
tidak langsung melalui bidang ekonomi. Contohnya, dalam menjayakan usahasama
dalam bidang perniagaan dari berlainan Negara lalu membawa pelbagai budaya dan
tercetusnya asimilasi jika seseorang individu mudah terpengaruh dengan budaya
lain atas sebab layanan dan cara sesuatu budaya menghormati seseorang yang
berbudaya lain dengan sebaiknya. Seterunya, terdapat persamaan dalam unsur
kebudayaan universal. Ini bermaksud, persamaan budaya yang pelbagai menyebabkan
salah satu pendorong kepada individu itu terhadap asimilasi. Selain daripada
pendorong, asimilasi juga terdapat factor penghalangnya untuk individu itu
terpengaruh dengan konsep ini. Penghalang kepada factor asimilasi apabila
adanya kelompok yang terasing daripada pelbagai budaya asing ini diserap masuk
ke dalam diri individu ini. Kebiasaannya konsep ini berlaku pada kelompok yang
minoriti. Antara factor penghalang kepada asimilasi ini adalah, daripada
kurangnya pengetahuan mengenai budaya baru yang di alami terhadap persekitaran
seleliling. Yang kedua,adalah kerana terlalu berburuk sangka terhadap sesuatu
budaya yang baru dihadapi. Masalah ini boleh di atasi dengan cuba menyerap
masuk atau menghormati budaya lain secara halus. Seterusnya, timbul perasaan
kurang pasti akan keselamatan terhadap sesuatu budaya yang baru dihadapi. Jadi kita
sebagai manusia yang telah diberi akal sebaiknya,perlulah berfikir akan
kebaikan-kebaikan terhadap sesuatu budaya daripada terus menghukum keburukan
tersebut. Oleh itu, kita hendaklah sama-sama menjaga kesejahteraan masyarakat
dengan menghormati dan cuba memahami budaya lain seeloknya agar tidak berlaku
keruntuhan masyarakat sejagat. In shaa Allah
No comments:
Post a Comment