Tuesday, 29 March 2016

reflksi minggu ketiga

Assalamualaikum.


Pertemuan minggu ketiga ini,apa yang dapat saya simpulkan adalah berkenaan surah al-Hujurat dari ayat yang keenam hingga ayat ketiga belas. Dalam ayat ini menyatakan bahawa kita perlu menyelidik sesuatu perkara sebaiknya sebelum membuat sesuatu keputusan agar tidak menyesal di kemudian hari.Kita juga perlu mensyukuri nikmat yang besar yang telah Allah kurniakan kepada kita iaitu, dengan adanya Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah adalah seseorang yang sangat istimewa kepada umatnya.Kita juga ditegah terhadap perbuatan-perbuatan fasiq, suka mencemuh, dilarang mengutuk sesame sendiri. Seterusnya, kita perlu menghindari sifat buruk sangka. Sifat ini boleh menyebabkan kita mendapat dosa besar.Di dalam surah ini juga, dinyatakan tentang berkenal kenalan sesama manusia agar dapat mengenali pelbagai budaya dan bangsa dan seterusnya dapt mengeratkan lagi ikatan persaudaraan.


2014753485

No comments:

Post a Comment