Tuesday, 22 March 2016

Refleksi Mingguan on 16 Mac 2016

Assalamualaikum, hehe lambat sikit post untuk minggu ini. Sedikit sharing untuk refleksi minggu ini dimana dia antar semua minggu so far saya rasa mingggu ini adalah minggu yang paling dekat dengan jiwa saya, di mana saya rasa sungguh tersentuk dan muhasabah diri sebentar mengenangkan betapa kita sebenarnya didunia ini sungguh sia-sia sekiranya kita tidak beriman kepada Allah. Masih ingat di ingatan betapa singkatnya masa untuk kita beribadah kepada Allah jika dibandingkan dengan akhirat yang tiada penghujungnya, sebak rasa hati bila memikirkan segala dosa yang banyak dilakukan di dunia dan betapa sikitnya amalan yang boleh di bawa di akhirat kelak. Selain dari itu, penceritaan tentang fasa-fasa yang dilalui sejak zaman roh itu sangat menarik. Saya masih ingat, di zaman roh sudah terciptanya kemasyarakatan sama seperti ketika kita didunia. Key word yang ditekankan oleh ustazah pada minggu ini juga sangat mendalam di mana, kalau kita nak kenal diri kita, kita kena kenal Allah, kembali kepadanya dengan melakukan amal kebaikan supaya kita boleh cari diri kita yang sebenar iaitu kita dilahirkan suci sejak dari zaman roh lagi. Sedikit perkongsian mengenai Surah Al-A'raf ayat 172-173 di mana, perjanjian yang dibuat antara allah dan juga manusia sejak dari zaman roh lagi iaitu kesaksian anak cucu Adam bahawa Allah itu tuhan yang satu dan tiada selain darinya, dan bersangatlah Ye bahawa kami bersaksi kepadaNYA. According to Prof. Naqib Al-Attas, kita harus "willingly and consciously" that we are belong to Allah.Itu adalah sharing ustazah supaya kita dapat muhasabah diri dan selalu beringat sekiranya kita bongkak atas muka bumi ini, tetap akhirnya kita akan kembali kepadanya.

Selain itu, tajuk yang dibincangkan adalah perkaitan antara keempat-empat asas yang membawa kepada keharmonian antara kaum.

Segergasi - Akomodasi - Akulturasi - Asimilasi - Amalgamasi

Akomodasi : Mengenali antara satu sama lain walau berbeza agama, budaya serta pendapat serta mengormati kepercayaan masing-masing contohnya antara sahabat Chinese dan Melayu

Akulturasi: Peminjaman budaya antara kaum walaupun berbeza kaum contohnya Kaum Chinese sudah mula untuk memakai baju kurung sewaktu mengikuti sahabatnya orang Melayu ke majlis perkahwinan

Asimilasi: Adaptation, iaitu setelah peminjaman berlaku, lalu akan berlakunya penerimaan iaitu contoh mudah yang boleh diberi adalah kaum Baba dan Nyonya di mana walaupun mereka bukan Islam dan masih menganut agama mereka, tetapi budaya melayu telah di resap ke dalam aktiviti serta pemakaian harian mereka.

Amalgamasi: Sebab berlakunya Asimilasi, akan berlakunya Amalgamasi iaitu contoh mudah kawin campur. Perkara ini terjadi setelah penerimaan agama dan budaya yang sangat selesa dan sesuai untuk kehidupan harian mereka.

Doa untuk hari ini " Ya Allah, kau bangkitkan aku menjadi manusia yang sentiasa mentaatimu di dalam kehidupan akan datang, aameen".

No comments:

Post a Comment