Friday, 1 April 2016

refleksi migguan


Assalammualaikum..


Pertemuan kali keempat ini,apa yang dapat saya simpulkan adalah berkenaan plurality dan pluralistik yang meberi kesan kepada tanah melayu. Pluraliti di tanah melayu terjadi dengan sukarela. Iaitu dengan kedatangan pedagang-pedagang dari beberapa negara untuk berdagang,mencari kehidupan dan kekayaan. Ciri-ciri pluraliti ini terdapat unsur-unsur asimilasi. Seterusnya,ini dapat menjamin ketenangan fikiran dan perasaan. Ciri ini dapat menunjukkan mereka mudah menerima orang lain dengan sifat terbuka. Kesan pluraliti ini juga dapat mewujudkan interaksi harmoni dan menunjukkan bahawa orang melayu mudah menerima budaya orang lain dengan keterbukaan tanpa ada halangan .Seterusnya, apa yang peroleh adalah mengetahu asal usul kedatangan islam ke tanah melayu. Pelbagai bentuk ideology mengenai kedatangan islam ke tanah melayu. Serta bagaimana tanah melayu menjalani pluralistic pra kemerdekaan untuk mengukuhkan jurang yang terhasil apabila datangya penjajah. Pelbagai impak besar yang berlaku terhadap tanah melayu apabila datangya penjajah ke tanah melayu. Kesimpulannya, kita perlu mengetahui asal usul sebenar islam dan melayu dalam setiap diri individu agar kita dapat berpegang teguh dan tidak mudah goyah apabila ada anasir-anasir cuba menjatuhkan dan memesongkan kita.

2014753485

No comments:

Post a Comment