Tuesday, 5 April 2016

Refleksi Minggu ke tiga

Assalamualaikum

Refleksi minggu ke tiga membawa kita bersama menghayati erti surah Al-Hujurat. Setiap surah yang dinyatakan di dalam Al-Quran ini membawa kita untuk mencintai Rasulullah dengan lebih mendalam. Di dalam Ayat 9 surah ini, kita dinasihatkan dan ditunjukkan supaya melakukan sesuatu itu mengikut sunnah baginda dan jangan sesekali mendahului baginda. Selain itu jangan sesekali memandai-mandai melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda.

Ayat 6- 13 Menceritakan tentang orang yang beriman, fasiq (boleh jadi orang islam tetapi berterusan melakukan kesilapan), Selidikan akan sesuatu perkara dan mengetahui kesahihannya kerana kadang-kadang kita akan tersalah dimana hanya orang yang bodoh akan menerima berita bulat-bulat tanpa siasat dahulu dan kelak mereka akan menyesal."Allah hendak memberi petunjuk"- Di dalam ayat ini, Allah menceritakan tentang ilmu yang harus dipelajari dan di ketahui di mana Allah memberi wahyu kepada Rasulullah untuk di disuluhkan kepada manusia untuk mentauhidkan Allah melalui ilmu wahyu yang diberika kepadanya di mana Allah melengkapkan Rasulullah dengan pelabagai mukjizat untuk menghadapi segala halangan. Selain itu, di dalam menyebarkan dakwah rasulullah baginda mendapat pelbagai halangan dan kata Allah, sekiranya kita ikut kata rasalullah, ikut sunnahnya dan ikut ajarannya nescaya kita tidak akan sesat di dunia. Allah (Habibi) Rasulullah adalah kekasih Allah kerana rendah dirinya beliau ketika bertemu dengan Allah. Semakin rendah diri seseorang itu, semakin Allah cintakan hambanya. Allah mempercintakan kepadanya iman supaya menjadi hiasan didalam hati dan terus hati menjadi tenang dan baikkanya Allah menjadikan kita benci kepada kekufuran dengan memberi petunjuk. Sebesar-besar nikmat yang ada didunia ini adalah nikmat mempunya, mengenali dan mendalami tentang Rasul kita ini Muhammad s.a.w. Di dalam surah ini juga, Allah suruh kita membetulkan keadaan sekiranya perkara itu tidak benar dan bercakap benar. Selain daripada itu, Di dalam bermasyarakat di mana zaman masyarakat ini dah muncul sejak zaman roh lagi, Allah kata jangan sesekali kita menghina antara manusia sebab boleh jadi iman serta amalan dia lebih baik dari kita dari segi hati dan mungkin solatnya. Seseorang yang tidak bertaubat atas perbuatannya yang keji adalah seseorang yang zalim, nauzubillah. Selain dari itu, sangka buruk adalah sangat berdosa, contohnya mengintip seseorang untuk mencari kesalahnnya adalah Tajassus yang boleh membawa kepada salah sangka dan memawa perpecahan. Dan terakhir adalah Allah jadikan lelaki dan perempuan, ada yang berkahwin dan berpuak-puak dengan sengaja supaya kita saling kenal apa yang baik boleh dipinjam dari makhluk akan dapat mengenali tuhan. Orang yang paling kenal dengan Allah adalah orang yang paling bertaqwa kerana cara pandangan Allah adalah dari segi taqwanya seorang hamba itu kerana semua adalah sama tetapi yang membezakan adalah Taqwa hambanya.

Doa of the day adalah: "Ya Allah ini adalah usahaku, sekurang-kurangnnya aku cuba" Lahaulawalakuwataillabillah"



No comments:

Post a Comment