Saturday, 11 June 2016

Assalammualaikum,
Pada pertemuan minggu kesepuluh,apa yang dapat saya simpulkan berkenaan topik 5,iaitu politik. Merujuk kepada topik ini politik bermaksud cara pemerintahan sesebuah negara. Setiap negara mempunyai cara pemerintahan yang bebeza. Melalui topik ini juga,ustazah telah menceritakan sebuah kisah di mana pada zaman  pemerintahan Saidina Umar Al Khattab. Didalam kisah ini terdapat beberapa nilai murni yang di tunjukkan daripada watak-watak tersebut:

Pemuda – Pemuda itu bersikap jujur terhadap percakapannya dari sudut pemuda dan orang ramai dan Saidina Umar dan mempunyai sifat amanah dan tanggungjawab nya terhadap kebajikan anak yatim dari sudut pemuda dan Allah.
Abu Zar – Abu Zar memberitahu kerana didikan Rasullulah beliau sudi untuk menggantikan tempat pemuda dan juga kerana Rasullulah sangat menyayangi umatnya.
Adik-beradik – Terima ketentuan Allah qada dan qadar setelah apa yang terjadi terhadap ayah nya yang dibunuh oleh pemuda. Adik beradik ini bersifat mengasihani antara sesama insan dan dari sudut dengan Allah menerima ketentuan ini dengan ikhlas dan sabar.
Saidina Umar – Saidina Umar yang bersifat adil dalam melaksanakan hukuman seseorang mengikut sudut Saidina Umar dengan Allah kerana seorang ketua seharusnya bersikap adil dan tegas dalam melaksanakan hal ehwal rakyat kerana di akhirat nanti mereka akan di tanya apakah yang ketua lakukan sepanjang hayat menjadi seorang ketua.
Secara keseluruhan, kita seharusnya memilih pemimpin yang betul dan adil di dalam negeri kita ini kerana mereka lah yang akan memimpin dan mentadbir negara. Kita juga bebas untuk memilih pemimpin melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali. Begitu juga politik ini mempunyai kesan yang baik dan buruk terhadap sesebuah negara dan rakyat seharusnya bijak dan ambil peduli mengenai hal ehwal semasa politik di dalam negara agar tidak berlaku salah faham antara parti-parti dan akhirnya mengundang tanggapan yang negatif.

No comments:

Post a Comment