Pada pertemuan
kesebelas,apa yang dapat saya simpulkan mengenai dua bab yang saya pelajari
iaitu ekonomi dan segregasi kepada integrasi. Dalam topik empat membincangkan
berkenaan ‘Pembangunan Ekonomi dalam
Konteks Hubungan Etnik di Malaysia’ pula ialah jika sesuatu Negara itu stabil
dalam segi ekonominya maka hal-hal yang lain akan turut bergerak secara
seiringan seperti politik dan sosial. Banyak rancangan pembangunan Negara untuk
memajukan ekonomi Negara kita dengan membuat rancangan Malaya pertama sehingga
ke rancangan Malaysia pertama. Pelbagai usaha di lakukan untuk menarik minat
pelabur-pelabur asing dan meningkatkan kadar (GDP). Begitu juga seharusnya
penduduk-penduduk tempatan bekerja dan membuka bisnes sendiri untuk memajukan
diri dan menyumbang dalam ekonomi Negara pada masa sekarang ini kerana Negara
mengalami masalah kegawatan ekonomi dan sebolehnya masyarakat membantu kerajaan
untuk memulihkan ekonomi Negara kita dan bukan hanya memandang perkara negatif
tanpa memikirkan jalan yang positif untuk kembali seperti sediakala.
Manakala topik keenam adalah segregasi kepada
intergrasi.Segregasi bermaksud permisahan atau pengasingan antara satu kumpulan
etnik dengankumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku
dalam beberapakeadaan antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem
persekolahan dan kemudahanawam. Segregasi berlaku wujud sama ada didasari oleh
undang-undang atau sebaliknya.Konsep segregasi dalam kehidupan yang saya hadapi
ialah sewaktu di zaman persekolahan.Saya masih ingat lagi, sewaktu di sekolah
rendah saya tidak mempunyai kawan dari etnikyang lain. Apabila dalam
perbincangan kumpulan, saya cenderung kepada etnik yang samasahaja. Pada masa
itu saya memikirkan etnik yang sama dapat melahirkan persefahaman.Tetapi
berlaku sebaliknya.Integrasi maknanya ialah perpaduan, bekerjasama atau
penyatuan. Dalam era globalisasi ini,integrasi menjadi semakin penting.
Integrasi ini dapat dilihat dalam pelbagai situasi dankeadaan yang membolehkan
sesuatu perkara itu dapat diintegrasikan. Mengikut pengalamansaya dalam
integrasi ini, saya dapat lihat ketika berurusan dalam hal perniagaan.
Sebagaicontoh, saya membaiki kenderaan dibengkel etnik cina. Etnik lain seperti
melayu dan indiaakan berinteraksi dalam bahasa melayu. Etnik cina dan india juga
berbahasa melayu apabila bertemu dan berbual dalam kehidupan
seharian.Saling kebergantungan bermaksud pelbagai etnik saling memerlukan
antara etnik yang lain.Pengalaman saya tentang saling kebergantungan ialah
apabila saya membeli telefon bimbit.Pengeluar telefon tersebut adalah negara
China. Jadinya saya perlu berjumpa dengan etnikcina kerana mereka fasih
berbahasa cina. Maka mudahlah urusan dalam jual beli.
No comments:
Post a Comment