·
Hudud
Hudud adalah bagian dari
undang-undang syariah di bawah bab Kanun Jinayah Syariah.
HUDUD:
Batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar
oleh sesiapa pun.Contohnya; kalau seseorang itu mengaku berzina, maka dia wajib dihukum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, wajib sebat dia 100x (bagi yang belum kawin).Kalau dia mengaku mencuri pula, maka tak boleh penjarakan dia dan tak boleh dendakan dia, tapi wajib dipotong tangannya kerana ia adalah satu batasan yang telah dibuat oleh ALLAH SWT.

Hukuman:
Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH di dalam Quran/hadith.Hukuman Hudud ini adalah hak ALLAH ,yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh di ubah dan dipindah. Hukuman Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun.Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH/rasulNya yang disebutkan di dalam Quran/hadith adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Seperti firman ALLAH SWT yang bermaksud:

” Dan siapa yang melanggar
aturan-aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim.”
(Surat Al-Baqarah:229)
orang-orang yang zalim.”
(Surat Al-Baqarah:229)
Kesalahan yang dikenakan hukuman
HUDUD:
Kesalahan-kesalahan yang wajib
dikenakan hukuman Hudud ialah:
1. Berzina, yaitu melakukan
persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.
2. Menuduh orang berzina (qazaf), yaitu membuat tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan 4 orang saksi.
3. Minum arak atau minuman yang memabukkan, sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.
4. Mencuri, yaitu memindahkan secara sembunyi harta atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya..
5. Murtad, yaitu orang yang keluar dari agama Islam, dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.
6. Merompak (hirabah); yaitu seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
7. Pendurhakaan (bughat) yaitu segolongan umat Islam yang melawan atau mendurhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum ALLAH.

QISAS:
Hukuman qisas ialah kesalahan
yang dikenakan hukuman balas. Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas
dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan
mencederakan.
Kesalahan & Hukuman QISAS:
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah :
a) Membunuh orang lain
dengan sengaja.
Hukuman membunuh orang lain
dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas
bunuh.
Seperti firman ALLAH SWT yang
artinya:
“Wahai orang-orang yang beriman
,diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam
perkara orang-orang yang mati dibunuh.”
(Surat Al-Baqarah : 178)
(Surat Al-Baqarah : 178)
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya, wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu, juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan yang dilukakan tadi.
Seperti firman ALLAH SWT yang
artinya:
“Dan telah Kami
wajibkan ke atas mereka (orang-orang Yahudi) yang disebutkan dalam Kitab
Taurat, bahwasanya nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata dibalas dengan mata,
dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi
dibalas dengan gigi, dan kecederaan juga hendaklah dibalas seimbang. Tapi bila
sesiapa mengampuninya,maka itu adalah penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang
tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH,maka mereka itulah
orang-orang yang zalim.”
(Surat Al-Ma`idah: 45)
(Surat Al-Ma`idah: 45)
·
DIAT:
Hukuman Diat bermakna ganti rugi.
Diyat ialah harta yang wajib
dibayar dan diberikan oleh penjinayah kepada wali/waris sebagai ganti rugi disebabkan
jinayah yang dilakukan
oleh penjinayah.
oleh penjinayah.
Hukuman diyat adalah hukuman
kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas.
Hukuman diyat ialah hukuman yang
telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH dan rasulNya di dalam al-Quran/hadith
sebagai ganti rugi diatas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan
anggota badan, atau melukakannya.
Kesalahan yang dikenakan hukuman
Diyat:
1. Pembunuhan yang serupa
dengan sengaja. Serupa dengan sengaja bermakna perbuatan tadi sengaja walaupun
tidak ada niat untuk membunuh atau mencederakan.
2. Pembunuhan yang tidak
sengaja – qotlu qotto` yakni yang
memang tidak sengaja.
memang tidak sengaja.
3. Pembunuhan yang sengaja
yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang yang dibunuh.
Seperti firman ALLAH dalam Surat
Al-Baqarah ayat 178 yang artinya,:
“Barang siapa yang
dapat memperoleh sebagian keampunan daripada saudaranya (waris kepada mangsa
yang dibunuh), maka hendaklah diikuti dengan cara yang baik (iaitu menuntut
ganti rugi dengan tidak melampaui batas).Dan tunaikanlah bayaran diyat itu
dengan ihsan. Yang demikian itu adalah suatu keringanan/kemudahan yang
diberikan oleh ALLAH SWT. Serta satu rahmat daripada Tuhan kamu ( makna rahmat
adalah kasihan belas daripada ALLAH SWT kepada sekelian hambaNya). Sesiapa yang
melampaui batas selepas daripada itu,maka baginya azab yang pedih.”
·
TAKZIR:
Hukuman takzir ialah
kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera,iaitu penjenayah-penjenayah
tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Hukuman takzir dalam Kanun
Jenayah Syariah adalah hukuman yang tidak
ditentukan dan ditetapkan ALLAH kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran/hadith. Ia terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri.Tetapi para ulama berpendapat bahwa takzir tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.

Hukuman takzir adalah hukuman
dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam
mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud/qisas, kerana kesalahan
yang dilakukan oleh penjenayah itu tidak termasuk di bawah kes yang
membolehkannya dijatuhkan hukum hudud atau qisas.
Jenis atau kadar serta bentuk
hukuman takzir itu adalah terserah kepada
kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan keatas penjenayah-penjenayah itu,kerana hukuman takzir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah daripada mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi,yakni bukan untuk menyiksa mereka

No comments:
Post a Comment