Sunday, 12 June 2016

Soalan Dari Segregasi ke Integrasi

Soalan1

Nyatakan 5 usaha yang boleh diaplikasi dalam negara pada zaman sekarang yang setara dengan 3 usaha Rasulullah iaitu

  1. Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
  2. Membina Masjid
  3. Membuat piagam madinah
Jawapan: 
  1. Membuat Open House atau jamuan hari Raya kepada jiran-jiran yang berdekatan supaya dan kunjung-mengunjung dan bertanya khabar supaya dapat mengelakkan syakwasangka.
  2. Melakukan aktiviti bergotong-royong yang menggalakkan penglibatan pelbagai kaum tidak mengira budaya dan agama.
  3. Menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan supaya dapat bercampur dan mempelajari agama serta budaya yang berbeza.
  4. Mengadakan rukun tetangga di kawasan rumah supaya perihal kejiranan dapat di selesaikan dengan aman
  5. Menerapkan nilai bersatu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain sejak di peringkat sekolah dengan melaksanakan subjek Sivik dan kewarganegaraan di peringkat Sekolah Rendah.

Soalan 2

Berikan penilaian anda tentang penghayatan rakyat Malaysia terhadap rukun negara.

Jawapan:

Pada pendapat kami, penghayatan terhadap rukun negara adalah di tahap yang sederhana kerana masih ada isu-isu yang melibatkan isu keagamaan yang masih tercetus dan menjadi sensitiviti masyarakat pada zaman ini. Ini boleh dijadikan garis ukur untuk menentukan tahap penghayatan rakyat terhadap rukun negara. Sekiranya rakyat mengambil rukun negara sebagai yang tertinggi, nescaya sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi yang paling utama dalam kehidupan seharian mereka.
Projek: Pengurusan Masa

refleksi minggu 12

Assalammualaikum..
Pada pertemuan minggu keduabelas ini, apa yang saya dapat melalui pembelajaran ini berkenaan dua topik terakhir iaitu survival melayu dan islam dan hubungan etnik. Topik ini menerangkan beberapa perkara iaitu berkenaan survival melayu dan bumiputera ialah memahami maksud dan konsep survival melayu & bumiputera iaitu mengekalkan kesinambungan  orang melayu dan Bumiputera untuk terus hidup atau wujud.Ia perlu terus terjamin mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia dan ianya tidak boleh di pertikaikan oleh orang – orang bukan melayu. Seterusnya memahami antara peranan yang dimainkan oleh kerajaan ialah meliputi konsep ekonomi,politik,perlembagan,pendidikan dan sosial.  Antara perkara berkaitan survival melayu dan bumiputera ialah agama islam, hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera seterusnya bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain juga bebas digunakan dan dipertuturkan dalam semua aspek kehidupan. Dari sudut Ekonomi  adalah, mengeluarkan orang melayu dari kelompok kemiskinan kepada kehidupan yang lebih baik.Tiga asas kepada pembentukan kebudayaan kebangsaan iaitu berteraskan kebudayaan rakyat asal  rantau ini, unsur –unsur yang sesuai dan wajar boleh diterima juga islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Manakala bab yang terakhir iaitu islam dan hubungan etnik ialah mengenai realiti kehidupan masyarakat dan hubungan etnik.
Dalam surah al-Hujurat ayat 13, Allah berfirman yang bermaksud :
“Wahai manusia! Kami jadikan kamu dari lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah mereka yang bertaqwa”.

Ayat ini menjelaskan kebijaksanaan dan kebesaran Allah menjadikan manusia terdiri daripada pelbagai bangsa,suku,lelaki dan wanita supaya mereka saling kenal mengenali, memahami dan mengetahui di antara satu sama lain. Bab ini juga menyentuh asas hubungan sosial dalam islam dimana ianya adalah al-Taaruf, al-Tafahum, al- Taawun, al- Ukhuwah,al- Mahabbah dan al-Tadhamun. Asas hubungan sosial ini adalah bertujuan untuk kita saling mengenali dan menghormati kaum budaya di Negara kita. Selain itu , saya juga belajar mengenai Maqasid al-syariah dimana terdiri daripada memelihara agama islam, memelihara akal, memelihara nyawa, memelihara harta dan memelihara keturunan dan juga aplikasi hubungan yang positif antara sesama kaum. Terakhir ialah Wassatiyah iaitu pertengahan diantara yang ekstrem dan yang tidak melampau. Kesimpulan untuk tajuk yang terakhir ini ialah penghayatan islam yang sebenar bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah begitu penting bagi masyarakat majmuk di Malaysia dan pembangunan Negara yang mapan. Pengalaman Rasulullah ketika menguruskan pelbagai etnik di Madinah menjadi contoh sandaran kepada kerajaan Malaysia untuk membentuk Negara yang maju,aman dan makmur..

Saturday, 11 June 2016

refleksi minggu 13

Assalammualaikum...

Pada pertemuan ketigabelas, ustazah ada menerangkan beberapa kelebihan tentang bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia..Perkataan mulia ini berasal dari perkataan arab iaitu Kareem. Apabila kita memperkatakan perkataan 'Ramadhan Kareem", kita perlu menjawab " Allahuta'ala Akram" atau "Allah Akram. Dalam bulan ini, kita di galakkan memperbanyakkan istighfar, memberi sedekah dan melakukan perkara wajib di awal waktu iaitu solat.Kita juga disarankan untuk melakukan solat sunat taubat kerana pintu-pintu taubat sedang dibuka seluas-luasnya untuk hamba-hamba-Nya.


Minggu ke 13- Refleksi bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

Di dalam pertemuan kali ini, Ustazah berkongsi tentang hari mulia iaitu Bulan Ramadhan. Karim yang bermaksud mulia, hari dimana malaikat menyampaikan doa-doa yang kita merayu kepada Allah.
Selain itu, Ustazah juga berkongsi sekiranya ada yang cakap "Ramadhan Kareem" kita perlu menjawab " Allahuta'ala Akram" atau "Allah Akram"
Ustazah juga menekankan di dalam kuliah kali ini berkenaan dengan Ramadhan yang hendak dicapai pada tahun ini adalah Ramadhan kerana Allah kerana indah dan manisnya ramadhan kerana Allah membawa kepada manfaat serta keredhaan daripadaNya.
1/3 Ramadhan yang pertama adalah Maghfirah di mana waktu ini, pintu taubat Allah dibuka sebesar-besarnya dan hajat hambanya diperkenankan oleh itu perbanyakkan taubat, mengampunan dosa serta pintalah hajat kepada Allah s.w.t.

Antara perkara yang boleh dilakukan

  • Istighfar
  • Cuba bersedekah walaupun sedikit
  • Solat di awal waktu
Apabila kita bersedekah ingatlah untuk berakram iaitu berniat untuk perkara yang baik.
Selain itu, cuba untuk plan zikir sendiri. Zikir seharian kita sendiri.

Refleksi minggu ke 12- Islam dan hubungan etnik

Assalamualaikum,

Di dalam minggu ini, saya tidak hadir ke kelas atas faktor yang tidak dapat dielakkan, Tetapi berdasarkan hasil bacaan yang telah saya lakukan, saya dapat merumuskan tajuk ini berkenaan dengan pergaulan serta perbatasan antara sesama manusia yang tidak mengenal pangkat kerana semuanya adalah sama di sisi Allah s.w.t. Islam melihat semua manusia tidak mengenal etnik ini mengikut kepada pandangan yang positif dalam kenal-mengenali dan bantu- membantu antara satu sama lain.

Refleksi minggu ke sebelas - Dari segregasi ke integrasi & Strategi Survival Melayu dan Bumiputera

Assalamualaikum,

Pertemuan pada minggu ini menggabungkan 2 buah tajuk sekali gus iaitu segregasi ke integrasi dan juga suvival melayu dan bumiputera.

Segregasi ke Integrasi

Di dalam tajuk ini, saya mempelajari tentang pemisahan dan pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan etnik yang lain contohnya pengasingan tempat kerja, sekolah dan material pembacaan mengikut bahasa ibunda masing-masing. Contohnya adalah ketika zaman pembentukan Tanah Melayu, setiap kaum di berikan pekerjaan yang berbeza- beza mengikut kaum masing- masing. Kaum Melayu akan diarah untuk bercucuk tanam, Orang Cina akan bekerja sebagai peniaga dan orang India diarah untuk bekerja di estet dan ladang- ladang kelapa sawit. Selain itu, penubuhan sekolah- sekolah mengikut bahasa ibunda masing- masing ditubuhkan dan beberapa risalah surat khabar mengikut bahasa ibunda msing-masing juga ditubuhkan.
Oleh kerana tujuan kedatangan mereka adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi British, maka interaksi antara kaum tidak berlaku. Mereka hanya menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing. Namun begitu, kehidupan yang harmoni tetap wujud di mana mereka tetap menjalani hidup berasaskan sistem sosial masing-masing tanpa mengganggu antara satu sama lain. Kehidupan yang harmoni ini telah berterusan sehingga ke hari ini.

Strategi Survival Melayu dan Bumiputera

Di dalam tajuk ini, saya memperoleh banyak input yang menarik antaranya adalah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengekalkan keharmonian beserta perkara-perkara asas yang diperlukan oleh rakyat majmuk untuk kelangsungan hidup berasaskan Perlembagaan yang telah ditetapkan di Malaysia. 
Peranan serta tanggungjawab yang telah diberikan dalam membela nasib orang melayu yang tidak bercanggah dengan konsep Islam iaitu, memberikan keadilan mengikut hak yang telah di tetapkan dan tidak melakukan kezaliman ke atas rakyat Malaysia.